body{ cursor: url('http://static.tumblr.com/qqj5ouu/TB2msdhw3/hyesung1.cur'), auto;} Pulang ke rumah? | Student's Blog body{ cursor: url('http://static.tumblr.com/qqj5ouu/TB2msdhw3/hyesung1.cur'), auto;}

Pulang ke rumah?

Ibu:"Akak nk balik rumah tak cuti sebulan ni?"
Aku:"Balik rumah? Balik mana?"
Ibu:"Balik Malaysia la"
eh biar betul mak aku ni. xkan la dia nak suruh balik cuti krismas ni.
Aku:"Balik bila?"
Ibu:"Balik cuti bulan 12 ni la"
Sumpah la. Aku rasa macam nak terbang ja masa tu. oh ya.. masa tu aku tengah ada lecture. Memang xfokus terus la lepas tu. Memang xpandang dah muka si Iian Dupere tu(dia lecturer kesayangan aku dan Iffah,lecturer fluids mechanics.lol). Walau secomel mana pun Dupere lepas potong rambut(kejap. dia pun sambut no shave november ke?), fikiran aku masih melayang-layang terkenangkan pertanyaan mak aku tu.

Balik Malaysia free kot! err maksud aku,pakai duit bapak aku. sapa yg xnak kan? Aku rasa berbelah bagi sebab ada kawan aku yang dah tempah tiket nak datang Manchester semata-mata nak melawat aku kat sini. Sepupu aku pun dah tempah tiket dari Ireland nak datang sini. Keadaan ni dah ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. Tapi xkan la aku nk lebih pentingkan kawan daripada parents and family kan. Maka dengan itu, aku pun bertekadlah untuk balik je.

Tapi banyak gila masalah yang berlaku. Aku baru sedar yang aku ada report feedback punya session untuk DMT aku(DMT stands for apa ntah. aku dah lupa sory. tapi basically,kena reka track vehicle). tapi tu xpa lagi. masalahnya tiket balik manchester nanti.. aku dijangka sampai sini 12 jan pkul 7 pagi. Baru aku tersedar yang 12 jan tu hari Isnin dan aku mungkin akan ada exam hari tu. arghhh memang serbai gila kepala otak aku kenapa oh kenapa?????? sebab nk balik awal sikit ada masalah tiket. huwaaa memang sampai sekarang aku hidup xtenang. Yela. jadual exam tak keluar lagi. Aku berharap sangat-sangat yang 12 jan tu xde exam lagi. Maka marilah berdoa bersama miramidori yang comel untuk tidak ada exam pada hari tersebut. Sekian.

Tapi belum habis lagi. Aku akan balik sama flight dengan seseorang yang aku tak sangka langsung. Kecil sangat ke dunia ni? omg xboleh cerita lebih-lebih kat sini. Kalau ada orang yang tidak berkenaan yang baca,memang habis lah aku. Ni blog hanya untuk aku dan sungjong. lol xhabis2 dengan sungjong. OK la. sekarang dah pukul 2 pagi. Aku nak sambung tengok drama Pinocchio kejap(cerita ni best gila. sangat di recommend kan). Japgi pukul 3 pagi nak kejutkan Ainaa bucuk(lol) dia kena siapkan seminar dia bla bla bla.

Selamat malam pagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment